Mengurangkan Kes Kehamilan Remaja di Luar Perkahwinan Melalui Pemerkasaan Pendidikan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

Authors

  • Khairul Amri Ismail Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
  • Ibnor Azli Bin Ibrahim Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam
  • Hanan Binti Pehin Dato Haji Abdul Aziz Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam

DOI:

https://doi.org/10.48144/jiks.v16i2.1705

Keywords:

kehamilan remaja, pendidikan

Abstract

Kehamilan remaja di luar perkahwinan merupakan isu yang sejagat dan sangat membimbangkan. Masalah sosial yang dibimbangi ini juga terjadi di kalangan remaja Islam, sementara kes hamil di luar perkahwinan dari sudut syarak diarahkan sebagai kes persetubuhan haram yang diancam dengan cucuk ataupun ta'zir jika tidak sabit had. Kajian ini bertujuan mengetengahkan strategi yang dapat digunakan sebagai garis panduan dalam mengurangkan kes remaja hamil di luar perkahwinan melalui pemerkasaan pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan. Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan tujuan daripada kajian ini adalah pendekatan kualitatif dan menggunakan sorotan literatur sebagai kaedah pengumpulan data. Penyelidikan ini dijalankan di Brunei Darussalam serta Merujuk kepada kes-kes yang berlaku di Malaysia dan Indonesia. Kajian mendapati tiga skop pendidikan yang perlu diperkasakan untuk membendung kes hamil di luar perkahwinan di kalangan remaja, di antaranya adalah memperkasakan pendidikan dalam institusi keluarga, memperkasakan pendidikan di tempat pengajian dan memperkasakan pertubuhan bukan kerajaan yang bergerak dalam bidang pembangunan remaja. Manakala cadangan yang boleh digunakan untuk mengurangkan isu kehamilan remaja ialah memperkasakan pendidikan akhlak, pendidikan kesihatan, pendidikan bahaya seks bebas sekaligus mebincangkan risiko dari sudut syarak dan undang-undang mengenai pelanggaran jenayah di kalangan remaja.

References

S. Jolley, “Promoting teenage sexual health: An Investigation into the Knowledge, Activities and Perceptions of Gynaecology Nurse,” Advanced Nursing, vol. 36, no. 2, pp. 246-255, 2001.

S. Z. Ismail, Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2017, p. 120.

United Nations Population Fund, “Girlhood, Not Motherhood: Preventing Adolescent Pregnancy,” 1 Desember 2015. [Online]. Available: https://www.unfpa.org/publications/girlhood-not-motherhood. [Diakses 12 Juli 2023].

World Helath Organization, “Adolescent Pregnancy,” 2 Juni 2023. [Online]. Available: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/adolescent-pregnancy. [Diakses 5 Juli 2023].

United Nations, “World Population Prospects 2019: Data Booklet,” Selasa 31 Desember 2019. [Online]. Available: https://population.un.org/wpp/publications/files/wpp2019_databooklet.pdf. [Diakses 5 Juli 2023].

E. A. Sully, A. Biddlecom, J. E.Darroch, T. Riley, L. S.Ashford, N. Lince-Deroche dan L. F. D. R. Murro, “Adding It Up: Investing in Sexual and Reproductive Health 2019,” July 2020. [Online]. Available: https://www.guttmacher.org/report/adding-it-up-investing-in-sexual-reproductive-health-2019. [Diakses 5 Juli].

A. M. Rashid, N. A. A. Hamid, A. A. M. Shariff, A. Bahori dan M. Mohiddin, “Aplikasi Kaedah Sadd Al-Dhara’i dalam Mengekang Persetubuhan Luar Nikah: Analisis terhadap Peruntukan Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia dan Brunei,” Islamiyat, vol. 43, no. Isu Khas, pp. 29-42, 2021.

Borneo Bulletin, “Angka Kehamilan Remaja Bengkak,” 28 November 2022. [Online]. Available: https://borneobulletin.com.bn/teenage-pregnancy-figures-swelling-2/. [Diakses 6 Juli 2023].

N. Ramlee, H. Aziz, H. Moksin, D. S. Serbini dan D. T. A. Hamid, “Faktor Kehamilan Luar Nikah Dalam Kalangan Remaja Di Negara Brunei Darussalam,” Majmuah: Proceedings Borneo Islamic International Conference, vol. 13, pp. 153-160, 2022.

Konteks, “Setiap Hari di Malaysia 28 Remaja Hamil di Luar Nikah,” 2 Februari 2023. [Online]. Available: https://www.konteks.co.id/dunia/68235/setiap-hari-di-malaysia-28-remaja-hamil-di-luar-nikah-cek-fakta-terbaru/. [Diakses 6 Juli 2023].

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia, “4,000 Remaja Bawah 18 Tahun Hamil Setiap Tahun,” 17 Oktober 2023. [Online]. Available: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/articles&id=TXVabjYzcHo3RjdJQkxZaHFQZTBqUT09. [Diakses 20 Oktober 2023].

N. J. Shahruddin, M. Mansor dan Z. M. d. H. H. Hamsan, “Hubungan Di Antara Perapatan Ibu Bapa-Anak Dan Estim Diri Dengan Sikap Tingkah Laku Seksual Dalam Kalangan Remaja Hamil Luar Nikah di Semenanjung Malaysia,” Jurnal Psikologi Malaysia, vol. 31, no. 2, pp. 57-67, 2017.

M. A. Majid, N. Z. Azman dan N. I. M. Yani, “Faktor Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual: Kajian Terhadap Remaja Hamil Luar Nikah di Pusat Pemulihan Akhlak Negeri Selangor,” Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, vol. 4, no. 2. DOI: https://doi.org/10.53840/alirsyad.v4i2.59, Desember 2019.

S. Nen dan F. H. Hashim, “Cabaran Menyesuaikan Diri Sebagai Ibu Muda Dalam Kalangan Remaja Hamil Luar Nikah: Satu Kajian Kualitatif,” Psikologi Malaysia, vol. 34, no. 2, pp. 39-52, 2020.

Badan Kependudukan dan Keluarga Berencana Nasional, “Remaja, Ingat Pahamilah Kesihatan Reproduksi Agar Masa Depan Cerah dan Cegah Penyakit Menular Seksual,” 22 Juli 2021. [Online]. Available: https://www.bkkbn.go.id/. [Diakses 8 Juli 2023].

DPR-RI, “Kasus Anak Hamil di Luar Nikah Sudah Darurat,” 2 Februari 2023. [Online]. Available: https://www.dpr.go.id/berita/detail/id/43062/t/Kurniasih%3A+Kasus+Anak+Hamil+di+Luar+Nikah+Sudah+Darurat. [Diakses 10 Juli 2023].

A. P. Alifah, N. C. Apsari dan B. M. Taftazani, “Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Hamil Di Luar Nikah,” Jurnal Penelitian dan Pengabdian Kepada Masyarakat, vol. 2, no. 3, pp. 529-537., 2021.

N. R. Harahap, Rauda dan P. N. d. F. Neliza, “Perilaku Seks Pranikah Pada Siswa Di Sma Negeri Ii Tapaktuan,” Jurnal Ilmiah Kesihatan dan Kebidanan, vol. 5, no. 2, pp. 623-046., 2022.

S. Fatimah dan A. W. Astuti, “The Experiences of Adolescent Pregnancy in Developing Countries,” Aisyah: Jurnal Ilmu Kesehatan, vol. 7, no. 2, p. 575–586, 2022.

A. W. Munawwir, . Kamus Al-Munawwir Arab-Indonesia. Edisi 2, Surabaya: Pustaka Progressif, 1984, p. 1015.

W. al-Zuhaily, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Juzuk VI, t.t.

S. b. Sumair, Safiinatun Najah, Beirut: Darul Minhaj, 2009, p. 17.

M. N. Al-Jawi, Kaasyifatus Sajaa, Jakarta: Darul Kutub Islamiyah, 2008, p. 31.

M. U. al-Hajj, Dunya al-Murahaqah, Suriah: Dar al-Maktabi, 2007, pp. 20-21.

K. i. Salim, Al-Murahaqah Musykilat Wa Hulul, Aman: Maktabah al-Dhamiri li al-Nasyriwa al-Tauzi’, t.t, p. 13.

Downloads

Published

2024-01-15